Pages

Tuesday, November 30, 2010

Building Permits

Does the city…..I mean Kuala Terengganu City Councils and the denizen ready to be called city dwellers. It seem it might be far from that…

600 Premis Dibangun Tanpa Lesen

Wednesday, December 1, 2010..Kuala Terengganu

"Hampir 600 premis perniagaan dan kediaman di dua laluan utama dari pinggir pusat bandar raya ini menuju ke Padang Midin dan Manir dibangunkan tanpa kelulusan dan lesen.

Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Zakaria Abdullah berkata, selain menjejaskan perancangan pembangunan, MBKT juga kehilangan punca hasil RM500,000 setahun.

Sehubungan itu, katanya, MBKT mengadakan Program Pemutihan Bangunan Bersama MBKT bagi menjelaskan kepada pemilik bangunan yang dikenal pasti supaya mematuhi prosedur, peraturan dan syarat yang ditetapkan.

Sehingga kini, katanya, terdapat 597 bangunan didirikan secara haram di Persimpangan Tok Ku ke Padang Midin dan dari persimpangan Tok Ku ke Jambatan Manir.

''Sementara 326 lagi termasuk di atas tanah kerajaan dan 22 premis didirikan sepenuhnya di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran," katanya."


Saturday, November 27, 2010

Land prices in the “CITY”s

With the Kuala Terengganu city populated by dilapidated wooden structures, it is quite a task for the city council to upgrade its image as a ‘kampung city’.

"Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said terkejut dengan kadar nilai bagi pengambilan balik tanah di sekitar kawasan bandar raya ini yang disifatkannya sangat tinggi dan tidak masuk akal.

Beliau memberitahu, perkembangan itu boleh merencatkan usaha membangun dan menyusun semula kawasan bagi merancakkan kemajuan dan mencorakkan persekitaran kehidupan lebih selesa.

Katanya, berdasarkan laporan penilaian, nilai untuk sekeping lot tanah telah mencecah RM1.5 juta dan ia mencapai sehingga kira-kira RM4 juta jika lot itu terdapat premis bertingkat.

Malah beliau dimaklumkan, nilai yang perlu dibayar balik kerajaan untuk sebuah rumah yang sudah usang dan hampir roboh mencecah RM31,000 selain nilai bagi reban ternakan sebanyak RM4,000.

Ahmad berkata, sekiranya senario itu berterusan, bermakna sekitar kawasan bandar raya ini terutama di kawasan berhampiran tidak akan berubah wajah walaupun untuk tempoh 50 tahun akan datang.

“Jika terlalu mahal (penilaian tanah) kita tak akan maju. Nilai yang bukan-bukan ini boleh merosakkan pembangunan di negeri ini.

‘‘Kalau macam inilah, 50 tahun lagi pun, macam inilah wajah Kuala Terengganu,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perjumpaan Bersama Anggota Keselamatan di Wisma Darul Iman, di Kuala Terengganu, kelmarin.

Ahmad mengakui kerajaan negeri tidak mampu untuk menyediakan peruntukan bagi bayaran pengambilan balik tanah sekiranya nilai yang ditetapkan terlalu tinggi."